Thursday 23 February 2012

Menguap Menurut IsLaM(^_^)

 ~Salam ukhuwwah fillah,jom sahabat sekalian sama-sama kita lihat apa pandangan menguap disisi islam...jom sahabat,tapi setelah kita ketahui,sama-sama lah kita amalkan ye sahabat(^^,)~
                                                     




Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim
yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu
adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah
dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang
kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka”. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang
demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu”. Hadith riwayat Imam
Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Sekian, wallahu a’lam

“kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam urusan
(agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui”.