Wednesday 21 December 2011

PoKoK SeMaLU


RenunGan BersaMa(",)
Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan 
bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang
pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ
dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya
itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait
rapat dengan wanita.Fatimah terkejut

             RahSia DiseBaLik SeMaLu('',)

             Wanita SoleH IbaraT SeMaLU                             
 Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 3aspek.


Pertama:
pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua:
semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


Ketiga:
semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan
yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia
hanya sepohon tumbuhan yang kecil..

No comments: