Wednesday 21 December 2011

Rintihan Subuh


MuhasaBaH DiRi,JoM SahaBaT('',)



Salam Motivasi Dan Salam Penuh Kecerian..('',)

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut
kedatangan tetamu tetapku
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku..
Indah Bersinar Waktu DiKala Subuh



Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya
khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke
satu tempat


"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi
satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang
sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan
airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah
teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari
dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud
dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan?

 Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuh! Ya
Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda
kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada
Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak
akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi
yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi
esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,” bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan
setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak
baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di
seluruh Permasalahan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Untuk Renungan Bersama..(“,)
Laungan Syahdu Azan DiSubuh HaRi
 Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut
kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya
khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke
satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi
satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang
sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan
airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah
teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari
dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud
dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata
Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuh! ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda
kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada
Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak
akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi
yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi
esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan
setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak
baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di
seluruh Permasalahan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)



"Manusia yg paling kuat ialah manusia yang boleh bangun awal untuk solat subuh"

“ash shalaatu khairun minan naum“
WaSSaLaM..:)



No comments: