Thursday 15 December 2011

STudy Daripada SeMUt..(",)

                                                             SemuT oH SeMuT..('',)

KiSAh NaBi SuLAiMaN Dan SeMuT...
Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk nya hidup dalam setahun..
Semut menjawab,aku hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum.Lalu Nabi Sulaiman masukkan semut tadi ke dalam satu botol dgn meletakkan gula sebesar sebutir gandum dan botol tu pun ditutup...(kasian semut..hehe).Cukup tempoh setahun,botol tu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman.Aneh nya???..Nabi Sulaiman dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yg dimakan oleh semut itu.Nabi Sulaiman pun bertanya kpd semut itu mengapa makan separuh sahaja sedangkan kau semut pernah berkata perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum??Semut pun menjawab bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh ALLAH dan dia yakin ALLAH pasti cukupkan rezekinya,sebab itu dia x risaukan perkara itu,tetapi setelah dikurung oleh manusia(Nabi Sulaiman) semut ambil langkah berjaga jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dgn sikap manusia,manalah tahu kalau kalau terlupa untuk membuka dalam tempoh setahun itu???apa akn terjadi akn nasibnya??Wahhhh...('',),ertinya disini bahawa semut lebih yakin akan jaminan dari ALLAH ketika berada diluar botol berbanding jaminan manusia ketika berada didalam botol.Untuk hadapi itu,semut ambil langkah berjimat cermat dengan makan hanya separuh daripada yg diperlukannya dlm masa setahun,takut takut terlupa utk membuka botol itu dalam masa setahun semut itu dapat bertahan sbb masih ada lagi baki makanan..

"Same2 kite ambil iktibar dan pengajaran dari Kisah ni"
InSYa'ALLAH(^^,)


1 comment:

Anonymous said...

semoga kita turut menjadi sepeti semut... yangpercaya akan jaminan Allah... sesungguhnya Allah Maha penyayang dan amat menyayangi hamba2nya..