Thursday 22 March 2012

"Sayyidul Ayyam"

Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam...(0_0)
"Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.."
Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!


1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”



2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”



3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.


4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”


5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
"Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”


Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)


Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
"Hai orang-orang yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat,maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli,yg demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.."





Fadhilat Ayat Kursi

Hello,assalamualaikum nama saya Danbo,Hari ini saya nak kongsikan beberapa kelebihan amalkan ayat kursi,hehehe(^_o)

Rasullullah SAW bersabda bermaksud:
 “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Antara fadhilatnya:

(1) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,     kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

(2)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

(3)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

(4)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar  daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

(5)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

(6)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

(7)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

(8)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

(9)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

(9)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

(10)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

(11)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

(12)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

(13)Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”


Selamat Ber'amal....:)


Fadhilat Wudhu'

Assalamualaikum wbt........:)
Salam Ukhuwwah Fillah untuk sahabat dirahmati Allah sekalian,semoga semuanya dibawah Rahmat   Allah(^^,)Hari ini,sama sama kita lihat apa kelebihan kalau jadikan amalan berwudhu tu satu amalan wajib..jom!!
Ok,mari kita sama sama menghayati Firman Allah:

“…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih” 
(Al-baqarah : 222)

Wudhu’?? Rasanya ramai antara kita yang memang sudah mahir dan pakar dalam bab ni memandangkan kita memang sudah di ajar dari kecil mengenai perkara ini. Tetapi suka untuk dikongsi bersama sebagai satu
peringatan. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita pelajar oversea untuk ke kelas dalam keadaan berwudhu supaya jimat masa dan senang untuk solat terutamanya bila waktu solat sangat singkat. Tidaklah salah untuk mengekalkan wudhu yang masih ada tetapi alangkah elok kalau kita membiasakan diri untuk berwudhu setiap kali hendak solat walaupun belum batal kerana itu adalah yang tebaik. Mungkin ada pengecualian pada tempat-tempat tertentu yang susah untuk berwudhu ataupun sewaktu kita sedang bermusafir. Lagi satu, mungkin juga kita cenderung untuk memelihara wudhu disebabkan keadaan sekarang yang sangat sejuk dan nak sentuh air untuk berwudhu pun macam agak susah. Dan saya teringat kata-kata seorang kawan, dia kata kita sepatutnya bersyukur kerana kita telah diberi kelebihan oleh Allah untuk hidup di bumi Ireland yang sejuk ni. Mungkin dengan usaha kita yang ikhlas untuk berwudhu dan usaha utntuk melawan perasaan malas itu mendapat ganjaran yang besar di sisiNya, insyaAllah..

Saya pernah dengar bahawa setiap kali kita berwudhu akan gugur dosa-dosa kecil. Jadi, sama-samalah kita fikirkan. Tidakkah kita mahu dosa kita di hapuskan dengan hanya mengambil wudhu yang sempurna. Sesungguhnya wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin solat diterima tetapi juga boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik...
Rasulullah saw bersabda :

“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Selain daripada itu, antara fadhilat lain wuduk ialah mengangkat darjat manusia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)

Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.

“Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Subhanallah, betapa besar dan istimewanya ganjaran berwudhu. Tak susahkan?? Sesungguhnya islam itu sangat mudah. Jadi, saya ingin menyeru kepada semua dan diri sendiri juga untuk rajin-rajinkalah diri kita untuk berwudhu. Basahkanlah anggota badan kita dengan wudhu. InsyaAllah segala usaha kita untuk berwudhu dan menyucikan diri mendapat ganjaran yg besar daripada Allah...

Sekadar ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga kita dapat mengamalkannya..(^_o)
Selawat dan Salam untuk nabi Muhammad Saw......:)



                   

Tuesday 20 March 2012

Cinta Ke Syurga(^_o)

Assalamualaikum..sahabat dirahmati ALLAH(^_^)
                                                              Mencari-cari cinta...?
“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur,mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”


Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.
Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan..:)


Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,betapa indanya suasana disyurga..(^_o)

“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan
(di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.”
(Surah Al-Waqiah ayat 11-26)

Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.

Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.

Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.

Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.

“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.

Konklusinya : Pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. Carilah cinta yang sebenar!

Sekian,Selawat Dan Salam Buat Rasulullah Saw..
Zikrullah terbaik adalah yang dilakukan dengan hati dan lidah, namun..
jika hendak di pilih antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah pilihan yang 
lebih baik.


Monday 19 March 2012

Tips Dari Rasulullah

Salam,apa khabar semua:gelak: 
                                         ~Agama islam agama para nabi dan rasul~

Ada tips baru untuk dihayati dalam kehidupan kita...

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka
jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam).
Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.


WALlahua'lam.

Bicara Adab Muslim


CIRI ADAB MUSLIM..Jom baca serta beramal
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR 
1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq). 
2- Selepas masuk waktu ‘Asar. 
3- Baru selepas makan. 
4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan. 


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR 
1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk. 
2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam. 
3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil. 
4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.
5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam. 
6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat. 


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI 
Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan : 


1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. 
2- Merosakkan warna kulit. 
3- Melemahkan jantung. 
4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap. 
5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Sayhwat. 
6- Melemahkan kecerdasan fikiran. 


DOA SEBELUM TIDUR 
Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw : 
1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk. 
2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud. 
3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh). 
4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. 


WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR 
Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut: 
1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit). 
2- Selepas baru bersetubuh. 
3- Selepas makan atau sebelumnya. 
4- Ketika sedang makan. 
5- Selepas memakan buah-buahan. 
6- Selepas keluar daripada bilik mandi. 
7- Ketika terjaga daripada tidur. 


SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN 
KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN. 
1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk). 
2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya. 
3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan. 


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN 
1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati. 
2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah. 
3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA / MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN 
1- Melihat perkara-perkara yang haram.(Antaranya melihat aurat perempuan, gambar lucah dalam Internet, VCD, majalah dll, kerana termasuk perbuatan haram dan merosakkan minda kita). 
2- Bermain mata dengan perempuan (zina mata). 
3- Melancap atau mengeluarkan air mani dengan tangan (Onani). 
4- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi. 
5- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur dengan semut mati (kerana di dalam badan semut itu terdapat satu enzim yang menyebabkan pelupa). 
6- Tidak pernah membaca Al-Quran dalam seharian. Walaupun sepotong ayat. 
7- Meminum atau memakan dari rezeki yang haram ataupun yang diperolehi dengan cara yang haram. 
8- Mengadu dumba, mengumpat dan menghina sesama saudara muslim. 
9- Terlalu memikirkan tentang perempuan / lelaki dengan nafsu syahwat. 
10-Bercinta-cinta dengan lelaki / perempuan dengan nafsu syahwat. 
11-Terlalu memikirkan perkara kebendaan dan harta dunia. 
12-Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita. 


BAHAYA MENGELUARKAN AIR MANI (ONANI) 
Menyebabkan terjadinya perkara lain: 
1- Mendatangkan penyakit was-was. 
2- Membawa kepada penyakit gila. 
3- Menjadikan jiwa keluh kesah. 
4- Membawa kepada lemah ingatan. 
5- Melemahkan syahwat batin dan kurang melazatkan ketika bersetubuh suami isteri. 
6- Membawa kepada terkenanya penyakit lemah jantung. 
7- Menjadikan air muka nampak tua atau kehitaman. 
8- Menyebabkan mati pucuk. 


UNTUK MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL 
1- Kurangkan percakapan yang tidak berfaedah. 
2- Sentiasa bersugi. 
3- Sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir. 
4- Sentiasa bersama-sama / berkawan dengan orang soleh dan orang alim. 
5- Sentiasa mengamalkan ilmu yang dipelajari. 


6 PERKARA YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN 
1- Memakan daging. 
2- Selalu menghidu bau-bauan yang harum. 
3- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak. 
4- Sentiasa memakai pakaian yang di perbuat dari kapas. 
5- Memakan makanan yang agak manis tetapi jangan terlalu banyak (Buah kurma). 
6- Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. 


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT 
1- Minumlah madu lebah asli yang dicampurkan dengan air suam. 
2- Sentiasa meminum air lebihan dari air sembahyang (wuduk). 


4 PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT 
1- Bercakap banyak yang sia-sia. 2- Tidur banyak. 
3- Makan banyak. 4- Banyak jimak (Semalaman sampai 4 x). 


LARANGAN-LARANGAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN 
1- Berjaga malam selain qiamullail. 2- Berada didalam keadaan terlalu lapar (Puasa lain). 
3- Terus mandi selepas makan. 4- Selalu makan daging arbuk. 
5- Sentiasa berada didalam keadaan keluh kesah dan berdukacita. 
6- Beristerikan perempuan tua dan berjimak selalu dengannya. 
7- Berjimak dalam keadaan keterlaluan kenyang atau terlalu lapar. 


KHASIAT BURUNG MERPATI 
Burung merpati jantan : 1- Dapat mengubati penyakit lembik. 
2- Dapat mengubati penyakit kebas (serbam). 
3- Dapat mengubati penyakit lumpuh. 
Jika dimakan burung betina : 
Dapat memanjangkan umur dengan izin Allah Taala dan juga bagi menguatkan tenaga batin. 


KHASIAT BUAH KURMA (TAMAR) 
1- Menguatkan tenaga zahir dan batin, juga boleh melicinkan tekak. 
2- Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protin yang banyak dan berkhasiat tinggi. 
3- Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik). 


KHASIAT BERAS 
Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli. Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan. 


KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR BASAH 
1- Menguatkan hati dan jantung. 2- Menguatkan emosi. 
3- Mengubati penyakit batuk. 4- Menguningkan warna kulit. 
5- Menghilangkan perasaan marah. 6- Mencairkan lendir dan kahak. 
7- Menghilangkan rasa lenguh dan letih. 8- Menghilangkan bau mulut yang busuk. 
9- Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah dihadam. 
10-Menghilangka rasa pedih dan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing. 


KHASIAT BUAH ZAITUN 
1- Melambatkan rambut dari beruban. 2- Melawaskan perut. 
3- Melicinkan dan melembutkan kulit, juga mengeluarkan parasit. 
4- Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api, dapat menghilangkan lecur. 
KHASIAT BUAH TIN 
1- Jika dimakan buah yang kering (tidak terlalu banyak) : 
a- Terhindar dari bahan-bahan keracunan. b- Melicinkan tekak dan dada. 
c- Mencucikan hati dan jantung. 
d- Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus. 


2- Jika dimakan buah yang masih basah (segar) : 
a- Jika dimakan bersama buah pala, sekiranya sebelum terminum / termakan racun pembunuh 
Insya Allah terselamatlah (jadi tawarlah racun). 
b- Menghilangkan penyakit buasir. 


3- Jika dimakan seperti biasa, dapat : 
a- Mempercepatkan pertumbuhan gigi. 
b- menyembuhkan penyakit bengkak telinga. 


KHASIAT BUAH BIDARA 
Buah yang pertama kali dimakan oleh Nabi Adam Alaihi salam. 
1- Boleh menguatkan kecerdasan otak. 2- Melicinkan perjalanan usus-usus. 
3- Menghilangkan penyakit kuning. 4- Mencantikkan kulit. 
5- Membuka selera makan. 6- Menghilangkan kahak. 
7- Menghilangkan penyakit lambat hadam. 
- Ianya boleh dimakan sama ada buah yang masih segar atau kering. 


KHASIAT BUAH TEMBIKAR DENGAN BUAH KURMA 
Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan dalam usus. 
Caranya: Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan lain. 


KHASIAT BUAH DELIMA 
Buah yang manis : 
1- Membaikkan usus-usus dan menguatkannya. 
2- Ianya kurang sesuai untuk orang demam. 
3- Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur. 
4- Untuk membersihkan bahagian dalam halkum dan sesuai mengubati batuk. 
Buah yang masam : 
1- Melawaskan kencing. 2- Menyucikan perut dan mencegah dari muntah. 
3- Menurunkan kepanasan hati dan menguatkan anggota badan. 
4- mencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina. 
Boleh mengubati penyakit kuning mata putih : 
- Ambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu, kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening. 
Khasiat Bijinya: 
1- Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk. 
2- Jika menelan 3 bijinya akan terhindar sama sekali dari sakit mata untuk sepanjang tahun itu.
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang 
yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."