Monday 2 January 2012

Al-Quran('',)

Salam Tahun Baru(2012)...
Jom top4 kan lagi ilmu kita ditahun baru ni,emm sy mahu berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihan  beramal dengan Al-Quran('',)
Apa itu Al-Quran??
"Al-Quran ialah kalam ALLAH yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w secara beransur ansur melalui perantaraan malaikat jibril dan membacanya menjadi ibadah dan menginkarinya menjadi kufur.."
Sabda Nabi:
"Seorang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seumpama buah limau yang mempunyai bau yang sedap dan rasa manis"


Sabda Nabi
 “(Manusia) yang paling baik di kalangan kamu ialah (mereka) yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.”

Huraian hadith:
Kita sentiasa mahukan yang terbaik. Menurut hadith di atas, golongan yang terbaik dalam kalangan manusia ialah orang-orang yang berusaha untuk mempelajari Al Quran dan seterusnya mengajar pula kepada yang lain (*tidak terhad kepada belajar dan mengajar membaca sahaja). Inilah manusia yang terbaik di sisi Islam. Oleh itu, untuk disenaraikan sebagai manusia yang terbaik, mahu tidak mahu terpaksalah kita belajar Al Quran. Sangatlah rugi golongan manusia yang tidak mengambil endah tentang Al Quran kerana mereka langsung tidak layak untuk menjadi yang terbaik di sisi Islam walau sebesar manapun pangkat dan kekayaannya.

 Sabda baginda lagi dalam hadith yang lain:

“Seorang yang mahir dalam Al Quran akan berada di kalangan para malaikat, yang mana para malaikat itu merupakan para pencatat yang mulia dan benar, dan seorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) dalam membaca Al Quran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya, akan mendapat ganjaran dua kali ganda.”

Huraian hadith:

Hadith di atas adalah satu berita gembira kepada para pelajar Al Quran. Orang-orang yang telah mahir dengan Al Quran akan diletakkan setanding dengan makhluk-makhluk yang tidak pernah berbuat dosa iaitu para malaikat. Duduk semeja dengan sultan atau para pembesar negara pun sudah membuatkan kita terasa begitu bangga. Apatah lagi jika kita diletakkan dalam kalangan para malaikat.

 Berita gembira ini juga diberi kepada mereka yang tidak tahu membaca Al Quran. Orang-orang yang tersangkut-sangkut bacaannya diberi pula ganjaran dua kali ganda. Satu ganjaran membaca dan satu lagi ganjaran berusaha. Alangkah seronoknya belajar Al Quran! Alangkah Pengasihnya Allah kepada kita! Mereka yang sudah tahu turut mendapat ganjaran dua kali ganda ini sewaktu mereka belajar dahulu.

Begitu juga dengan hadith berikut:

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

Huraian hadith:

Jasa kedua ibu bapa kita memang mustahil untuk kita balas. Walau sehebat mana usaha kita untuk membalas budi baik mereka, ia tidak akan memadai. Oleh itu, tidakkah kita ingin memberikan kepada mereka suatu hadiah yang paling istimewa? Alangkah seronoknya mereka pada hari akhirat kelak kerana secara tiba-tiba sahaja mereka dipakaikan mahkota yang jauh lebih bersinar daripada matahari, iaitu hadiah daripada anak mereka yang rajin membaca dan beramal dengan Al Quran. Marilah kita sama-sama menjadikan Al Quran budaya hidup kita. Bacalah ia setiap hari walaupun sedikit..('',)
Hehe,xnak ke jadi mcm tu??
Indahnya Al-Quran('',)

WaSSaLaM Dan Selamat BeraMaL..!!
                                                                                         

                               


No comments: