Wednesday 21 December 2011

Rintihan Subuh


MuhasaBaH DiRi,JoM SahaBaT('',)



Salam Motivasi Dan Salam Penuh Kecerian..('',)

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut
kedatangan tetamu tetapku
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku..
Indah Bersinar Waktu DiKala Subuh



Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya
khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke
satu tempat


"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi
satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang
sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan
airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah
teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari
dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud
dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan?

 Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuh! Ya
Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda
kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada
Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak
akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi
yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi
esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,” bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan
setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak
baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di
seluruh Permasalahan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Untuk Renungan Bersama..(“,)
Laungan Syahdu Azan DiSubuh HaRi
 Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut
kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya
khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke
satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi
satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang
sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan
airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah
teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik
sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari
dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud
dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata
Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuh! ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda
kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada
Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak
akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi
yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi
esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau
rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan
setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak
baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di
seluruh Permasalahan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)



"Manusia yg paling kuat ialah manusia yang boleh bangun awal untuk solat subuh"

“ash shalaatu khairun minan naum“
WaSSaLaM..:)



Apa Cerita Sembahyang Lewat?


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita..('',)
SoLaT MenCerMinKaN PeRiBaDi MuLiA

SoLaT BerJeMaaH DiGaLaKKaN


Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya??

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi untuk sampaikan amalan kita, ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit, di mana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga ada
Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak..
MuSLim SeJaTi..('',)

Amin..('',)

PoKoK SeMaLU


RenunGan BersaMa(",)
Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan 
bersama puteri baginda,Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang
pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,
kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ
dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya
itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait
rapat dengan wanita.Fatimah terkejut

             RahSia DiseBaLik SeMaLu('',)

             Wanita SoleH IbaraT SeMaLU                             
 Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 3aspek.


Pertama:
pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua:
semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


Ketiga:
semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna
wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan
yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia
hanya sepohon tumbuhan yang kecil..

Tuesday 20 December 2011

"CinTa,KeSeDihAn,KeKaYaan Dan KeGemBIRaaN"


SaLam Ukhuwahfil'lah..
                                               Cinta('',)
                                              KeSeDiHaN
KEKAYaaN
                                          KeGeMBiRaaN
Ini aDaLaH KiSaH KaMi SeMua...Hehehe


Alkisah disuatu pulau kecil,tinggallah benda abstrak.Ada Cinta,Kekayaan,Kecantikan, Kegembiraan,Kesedihan dan sebagainya.Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlukan.Namun pada suatu hari,badai datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki perahu.Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan.Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta,tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta",kata kekayaan."Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu Bersama,nanti perahu aku tenggelam.Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali,namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta

"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak memperdulikan aku?" rintihannya sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula kesedihan dengan perahunya.

"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata cinta

"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya.
Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa cinta?"

Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.

"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang itu. setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya di dunia ini.

MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????

SToP DuLU DiSiNI...WaSSaLam
Wallahu 'alam,sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan..('',)

KisaH 20RinggiT..??



بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

 
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.Sambil mengangkat briefcase ayahnya,si anak itu bertanya kepada ayah...(‘’,)
Kasih sayang antara anak dengan ayah,indahnya..!!
Wahh,sayang ayah..('',)


Anak: Ayah...ayah,
boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu,buat apa sebuk-sebuk nak tanya?Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam,Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit,Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah,boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu kesebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa dengan duit tu?Mintak sampai 10 ringgit?Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya..Sudah,pergi masuk bilik tidur!Dah pukul berapa nih...!!"

                                                    

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya.Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit.Kira-kira 2 jam kemudian,ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah,si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu,si ayah kembaliberang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk,tak berani dia merenung ayahnya. Sambil

menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah,ayahambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...The moral of this story,Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya yang bakal kerja esok lusa atau sesiapa saja yang selalu sibuk

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita yang sentiasa berada di hati kita.Bayangkan kalau kita mati nanti majikan kita akan senang2 cari orang lain gantikan kita.Tapi,keluarga,rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ini pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.Fikirlah,selama ni apa yang kita sudah buat untuk keluarga kita?..untuk insan yang kita sayang??=)

END...(",)
"Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..." 


"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.”
 (Hadis riwayat Muslim)


WASSALAM..('',)

Monday 19 December 2011

Lawak Untuk Difikirkan..('',)



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

 


''Selamat Datang..('',)"


iLmu Tanpa AmaL,iBaRaT pOkoK yG tiDaK
BeRbUaH(Sia-sia sahaJa)


Jom lah,kita beramal dengan apa yang kitaketahui...insya'allah,kita akan jadi insan yang
berguna,hidup diredhai(",)


kalau anda fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....kalau lebih dua
minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja('',)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda,Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...



tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas,selain
terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari

lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..hehe('',)


                                         Muhasabah diri sama('',)
                                             Insya'allah..:)
                                                            
wallahuaallam...


                                                Senyum itu sedeKaH..
Salam kemaafan jika ada salah dan silap..('',)  

Sunday 18 December 2011

Cinta Anta dan Anti..??ada ke?

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
JoM SahaBaT SeKaLiaN..+ILmu LaGi('',)
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" 
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
 sepertimana dia mencintai buat dirinya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas,berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai,mengambil berat,membantu,bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya

Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjang iman dan takwa ini.Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam.


Memang tidak dinafikan lagi, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menulardan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.


Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah"

CinTa ReMaJa Dan DaKWaH..('',)
Bace StoRY skIt..Bestzzz!
                            Cinta SejaTi Ada DiseBaLik IMan..('',)
                              CinTaiLah OrG Yg CinTa KpD ALLAH
                                              
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta.

Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahanperhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti"ini.

Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasanganyang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa.

Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. 
wal'iyadhubillah...:( xmo jadi mcm ini..!!
                SambutLaH CinTa ALLAH,BaRu CinTa HamBanYa('',)
                                    The BEsT!!LOve SToRy
                                           LoVe ALLAH    
                                          
                                     

One more story..hehe('',)
Jom update ilmu lagi,x rugi pun bace kita dapat ambil ikhtibar,insya'aLLaH

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkankekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah"dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu merekabertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu.


Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.


Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke membawa ke Jannah".Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa...

THE END...:)                                    
                                    
SaLaM tQ Buat pembaca!!
SaLaM Ukhuwah,SaLaM BeRaMaL,SaLaM CinTa Ilmu
SaLaM CinTa Agama(isLaM)

p/s:"Ikatan iman yg paling kuat ialah kasih sayang kerana ALLAH dan marah           
       kerana ALLAH"
اَلسَّلَامُ 


Friday 16 December 2011

Sahabat..('',)

:)
Hai JumPa LaGi..('',)
Kita bercerita soal sahabat,em saya percaya siapa yg x mempunyai sahabat,semuanya pasti mempunyai sahabat kan.Tapi sahabat ni sebenarnya jauh lebih membawa erti dari kawan??really?
Ada juga yang anggap bahawa sahabat itu jauh lebih indah dari PerCiNTaaN....('',)
Pakar diari hati berkata,bkn saya..hehe
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti.."


                                              Indahnya Bersahabat kerana ALLAH('',)
SaHaBAT SeJaTi,Insya'aLLaH...
                                                           

Rasulullah saw pernah berpesan:
 “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.."
Jom Baca Lagi..fahami same2(^^,)
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

''Bersahabat sejatilah kepada sahabat yg melabuhkan cintanya kpd ALLAH('',)..''
  Hahhhh,Imam Al-Syafie pendapat mengenai SAHABAT:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia


Kawan2 utk mencapai ketahap bersahabat ni ada 3 tahap sebenarnya,nak tahu x???he2
1-Ta'aruf:
Ta'aruf ni bermaksud berkenal-kenalan diantara satu sama lain,em dgn kata lain
kita tahu siapa nama sahabat kita,tempat tinggalnya,keluarganya.Maknanya kita
ketahuilah semua perkara yg boleh tahu sahaja mengenai sahabat kita.Kebiasaannya   
ramai lah yg berjaya mencapai tahap ini sebabnya asas untuk bersahabat ialah 
dgn kenal mengenal antara satu sama lain dahulu..:)

 2-Tafahum:
 Tafahum pula bermaksud memahami diantara satu sama lain,setelah kita kenal 
 sahabat kita(Ta'aruf)kita perlu pula didik diri kita supaya memahami sahabat.
 Memahami sahabat kita ni seperti kita fahami dirinya,contohnya tidak bergurau
 akan perkara yg tidak disukainya.Insya'allah jika berjaya kita capai tahap yg ke2 ini
 insya'allah ukhuwah kita dgn sahabat berpanjangan,Chaiyokkk!!

3-Takaful:
Takaful bermaksud tolong menolong.Em senang citer,jika sahabat kita ada masalah
kita tidak teragak agak untuk membantunya.Ditahap tafahum hanya memahami,
soal memahami ni hanya dihati,tp tidak sempurna jika tidak ada fiq'liyyah yakni 
tindakan kita dalam membantu sahabat dalam kesusahan.Sekiranya kita semua
berjaya capai ketiga-tiga tahap(Ta'aruf,Tafahum,Takaful)insya'aLLah sempurnalah
hidup kita dalam bergelar bersahabat,bersahabat kerana ALLAH..('',)
So,kwn2...jom la kita memilih sahabat yg mana ketika kita susah dan senang dia sentiasa bersama kita dan bersahabatlah secara jujur,insya'allah semoga ukhuwah kita akn membawa ke syurga ALLAH..
"Manusia yang paliang lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.."


Selawat dan Salam Tercinta BuaT junjungan besar nabi Muhammad..:)
I Love الإسلام
I Love محمد