Monday 16 January 2012

EpiLog BerSaHABaT

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ


Sedih hati apabila orang yang betul-betul kita percayakan dia dan orang tu sememangnya rapat dengan kita.
Walaupun bergelar insan lelaki,sering dikatakan lelaki kuat,tidak akan sedih tetapi dilubuk hati insan lelakilah kupertahankan kesedihan yang bertahtakan kesabaran dan redha sahaja apa yang berlaku.Dilubuk hati lelaki yang
fitrah dengan keegoan,namun aku tunjukkan ego diriku bahawa aku tidak akan bersedih atas apa yang berlaku,ku dirikan sembahyang untuk menenangkan jiwa,tenteramkan hati dengan berzikir diwaktu fajar,namun diriku kalah,tanpa disedari air mata yang tidak ku minta mengalir dari mata ku yang penuh dengan penipuan yang tersimpan seribu kesedihan,aku mengelap air mata itu dan aku masih lagi mengelap,suara zikirku mula berubah menjadi serak seolah olah tidak bersuara dan hanya air mata yang bersuara.Lalu aku mengalah dan menundukan kepala aku dengan merelakan air mata mengalir.


Terdetiknya dihati aku,Yaallah hebat ciptaanMU YAALLAH sungguh sempurna ciptaanMU sebuah HATI yang dihiasi dengan PERASAAN yang membuahkan KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN dan pada saat itu aku telah merasai satu nikmat itu(kesedihan).Kesedihan dihatiku bukan kupinta tetapi kerana perasaan ikhlas dalam persahabatanlah rasa kesedihan itu.Air mata itu,ialah air mata persahabatan..:(
                                 Sahabat sejati memang sukar dicari...!!


    Yallah aku sangat sangat menanti insan yang betul betul ikhlas terhadap diri   
     aku...
    Aku menanti dalam doamu Yallah..(^_^)
ya allah..
tuntun lah hati ini dalam sabar..
menanti setiap ketentuan hidup..
rahsia hidup ini hanya engkau yang Maha Tahu..
ya allah..
kuatkan pancang setiap perjalananku..
agar setiap derap langkah ini berterusan ke arah Mu..
pelihara nurani ini demi maruah ini..
                                                


~Doaku~
-Yaallah,sesungguhnya Aku terima dan redha atas apa yang berlaku 
-Yaallah,Aku memohan ampun atas kesalahan diri aku dan sekiranya ini adalah     
  diri aku,aku redha padaMU Yaallah....
-Yallah Sekiranya aku tidak kuat,aku mohon padaMU agar aku dikuatkan
-Yallah Aku mohon agar engkau permudahkan segala urusan diriku
-Yallah aku mohon engkau perbetulkan segala urusan aku....
                                                          YaAllah,YaRabbi,YaRahim
                                                         
 ~Ku ingatkan pada sebuah tinta cinta dalam bersahabat..(^_^)~

..mencari sesuatu amat sukar di temui..
..apatah lagi dalam mencari sinar ukhuwah..
..terkadang dalam persahabatan itu lahir 1001 perasaan..
..suka duka,pahit manis,sayang,mesra..
..semuanya anugerah Allah dan semua perasaan itu adalah satu lumrah..
..jika kamu mencintai sahabatmu..
..cintailah dia sebagai sahabat..
..sayangilah dia asalkan tidak melebihi sayangnya kamu pada agama mu..
..jika dia meminta cinta mu..
..maka katakan padanya bahawa yang layak di cintai hanya Allah..
..jika benar sahabatmu itu adalah jodohmu..
..pasti akan terbina kebahagiaan itu..
..tapi jika dia tidak di ciptakan untuk menjadi teman hidupmu..
..terimalah bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk
..Bilamana sahabat kita mendapat sesuatu, sedangkan perkara yang sama itulah kita harapkan, maka bersabarlah kerana Allah SWT Maha Mengetahui mana yang lebih perlu didahulukan. Buanglah segala penyakit hati dari mendekati diri, inshaAllah pasti akan datang sesuatu yang lebih baik untuk diri kita nanti,Insya'allah.."
‎"Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman...('',)

WASSALAM...

1 comment:

Ila Syahirah Harraz said...

Assalamualaikum,,,teruskan bertinta fillah ya akhi =)